Memahat Sejarah Membina Tamadun


Thursday, May 24, 2012

TAHNIAH & SYABAS

Sekalung tahniah kepada pelajar tingkatan 3 & 2 yang berjaya memperoleh A dalam matapelajaran sejarah bagi peperiksaaan OTI 2 2012..Moga kejayaan terus digapai..

Thursday, April 5, 2012

LATIHAN SEJARAH

TINGKATAN 3 (BAB 1-7)

VISI, MISI & MOTTO

VISI
SUBJEK SEJARAH CEMERLANG 2013
MISI
MENGEKALKAN SERTA MENGABADIKAN SEJARAH DALAM KEHIDUPAN SUPAYA DAPAT DIKENANG DAN MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA SEJARAH.
MENARIK MINAT PELAJAR-PELAJAR DALAM SUBJEK SEJARAH DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG.
MOTTO
SEJARAH CEMERLANG PELAJAR TERBILANG




Sunday, April 1, 2012

MOGA TERUS CEMERLANG

Selamat menduduki peperiksaan OTI 1 buat calon Luminous Pearl
Semoga kejayaan yang cemerlang terus dalam genggaman. Ibarat kata pepatah "genggam bara api, biar sampai jadi arang"..

Saturday, March 10, 2012

NOTA SEJARAH

TINGKATAN 1( BAB 1-11)



TINGKATAN 2 (BAB 1-8)



TINGKATAN 3 (BAB 1-7)




CONTOH HASIL KAJIAN KERJA KURSUS SEJARAH 2012

Hasil kajian
    1. maklumat asas produk tempatan
i. nama produk
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah kerepek pisang. Pengusaha ini mengeluarkan pisang tanduk ,kapok , berangan , nipah, lang.
- masukkan gambar barangan yang telah dipacking
- contoh barang keluaran lain


ii. kategori
Produk tempatan yang dikaji ialah Makanan ringan iaitu kerepek pisang.

iii. nama pengusaha / syarikat / status hak milik
Produk kerepek pisang ini telah diusahakan oleh Encik A bin B. Beliau telah menubuhkan syarikat atau perusahaan ini mulai tahun 2000 sehingga sekarang. Encik A Bin B merupakan pemilik tunggal perusahaan kerepek pisang ini.
iv. Lokasi

Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 13 Jalan Selasih , Felcra Bukit Kepong Muar. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Muar . Lokasi tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di luar bandar.
- buat peta dari jalan utama menunju ke tempat kajian – ringkas sahaja/ jadikan lampiran. Letakkan petujuk sekali / nama jalan / kawasan sekeliling

    1. latar belakang
i. sejarah kewujudan
( bila produk ini dimulakan pengeluarannya. Siapa yang terlibat , berapa banyak pengeluaran , di mana ia dijalankan )
perusahaan kerepek pisang ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 1990. Ianya dilakukan oleh Encik A Bin B bersama isterinya iaitu Puan C Bt D. Kerepek yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung.
- kalau ada gambar lama – scan / print/ untuk tunjukkan perbezaan dahulu dan sekarang

ii. punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman
- bagaimana pengusaha memulakan perusahaannya / adakah dengan menggunkan duit bank/ pinjaman / pinjaman daripada saudara mara / ambil alih daripada orang lain atau warisan keluarga / meneruskan legasi
Contoh - Pada awal pengeluaran kerepek pisang , Encik A bin B menggunakan wang simpanannya di bank bagi memulakan perniagaan dan pengeluaran kerepek pisang.
Sekitar tahun 2008 beliau telah mendapatkan pinjaman daripada bank pertanian sebanyak RM 10000 untuk membeli mesin yang lebih baik dan dapur. Beliau juga menggunakan wang tersebut untuk membeli beberapa peralatan baru seperti xxxxxx.
Pihak Jabatan Pertanian juga ada memberikan bantuan daripada segi xxx.
Pihak Fama dan Mardi membantu beliau dengan cara XXXX.

iii. pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan
- phostostat lesen pengusaha- jadikan lampiran
- lihat tarikh mulakan perniagaan / lesen diperolehi
- nama dan alamat lokasi perushaan boleh ambil di sini.

iv. tujuan / kepentingan produk
- kenapa produk dijual
- kepentingan produk – memenuhi keperluan setempat/ tempatan / permintaan orang ramai / penuhi permintaan kedai runcit / untuk majlis perkahwinan

Panduan Penghargaan, Objektif ,Kaedah ,dan Rumusan Kajian Kerja Kursus Sejarah

Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu, Puan Mardziah binti Che Abdullah kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Sejarah saya iaitu ..............................................kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu ...............................................dan .................................kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ............................................ yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang telah diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu .............................dan ......................................yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.


Contoh Objektif Kajian :

Melalui kajian ini, saya dapat :
  1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.
  2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
  3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai produk tempatan yang terdapat di negara ini.
Contoh Kaedah Kajian :

1. Kaedah temu bual

Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual ................................dari ............................................untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.


2. Kaedah lawatan dan pemerhatian

Saya telah melawat .................................... untuk mengkaji bagaimana pengusaha tersebut memproses, dan memasarkan produk tempatan tersebut. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini.

3. Kaedah analisis dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen dari .................................. untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

4. Kaedah penyelidikan perpustakaan

Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ...............................untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

5. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produkyang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

6. Kaedah Audio visual

Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan .................................... Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.


Contoh Rumusan

Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang perusahaan menghasilkan produk tempatan yang terdapat di tempat saya khasnya dan di negara kita amnya. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara.

Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.
Akhir sekali, kemajuan ekonomi negara bergantung kepada rakyat yang produktif, kreatif dan berinovasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga produk tempatan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.

SOALAN KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

Tugasan Bagi Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Tugasan 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :

i. makanan

ii. pakaian

iii. kraf tangan

iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )


SOALAN 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat di negara kita?






Koleksi Soalan Peperiksaan PMR Sejarah

Saturday, March 3, 2012

TAHUKAN ANDA?


TANGGAL 14 Februari rebahnya seorang perwira negara Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Leftenen Adnan.

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942. "Andai ada 40 orang anak Melayu seperti Leftenan Adnan pasti sukar Jepun untuk menjajah Tanah Melayu".

Semoga keberanian juang beliau pembakar semangat generasi masa kini.

TAHNIAH & SYABAS

Tahniah kepada 40 orang pelajar tingkatan 3 yang berjaya mendapat A dalam subjek sejarah dalam peperiksaan TOV 2012. Semoga kalian terus mengarap A dalam peperiksaan akan datang. InsyaALLAH. Ingatlah "Usaha Tangga Kejayaan".

SYAJARATUN AL-MUALIMAT


CIKGU FARIDAH

NAMA: FARIDAH BINTI SALLEH
ALAMAT:D-904 KAMPUNG PULAU RUSA, 20050 KUALA TERENGGANU
TARIKH LAHIR: 5 APRIL 1974
TEMPAT LAHIR: KUALA TERENGGANU
OPSYEN: SEJARAH
NAMA SUAMI: SHAMSUDIN BIN MOHAMAD
NAMA ANAK: NURFARHANA




CIKGU YUS
NAMA: YUSMAIDA BINTI MAMAT
ALAMAT RUMAH: 82 LORONG SURAU BARU, PASIR PANJANG, 21100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
TARIKH LAHIR: 11 JUN 1982
TEMPAT LAHIR: KUALA TERENGGANU
TARAF PENDIIDKAN: IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI (HONS), UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
DIPLOMA PENDIDIKAN IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL
OPSYEN: SEJARAH
NAMA SUAMI: MUHAMAD TARMIZI BIN HARUN
NAMA ANAK: NURUL IFFAH BINTI MUHAMAD TARMIZI & ABDULLAH AFKAR BIN MUHAMAD TARMIZI
TARIKH MULA BERKHIDMAT: 1 MAC 2007


CIKGU ADNI
NAMA: NOR ADNI BINTI MOHAMAD
ALAMAT RUMAH: D1/84 TAMAN MEDAN JAYA, RUSILA, MARANG, TERENGGANU
TARIKH LAHIR: 26 APRIL 1979
TEMPAT LAHIR: KUALA TERENGGANU
TARAF PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENGAJIAN MAKLUMAT (HONS) PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
DIPLOMA PENDIDIKAN IPG KAMPUS KOTA BHARU
OPSYEN: SEJARAH
NAMA SUAMI: MOHD NOR BIN HARUN
NAMA ANAK: MUHAMMAD FAHEEM HAKIMI BIN MOHD NOR & MUHAMMAD FARHAN HAKIMI BIN MOHD NOR
CIKGU ZALIHA
NAMA: ZALIHA BINTI MAMAT
ALAMAT: 170 J, RAWAI KE LOT KATONG, BUKIT PAYONG, 21400 MARANG, TERENGGANU
TARIKH LAHIR: 14 JUN 1962
TEMPAT LAHIR: KUALA TERENGGANU
OPSYEN: SEJARAH
TARIKH MULA BERKHIDMAT: 16 MEI 1989
NAMA SUAMI: HALIAH BIN CHE AWANG
CIKGU CHE NOR
NAMA: CHE NOR HILALIAH BT CHE ABDUL JALIL
ALAMAT RUMAH: 1199 TAMAN KOPERASI, PADANG MIDIN, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
TARIKH LAHIR: 1 APRIL 1960
TEMPAT LAHIR: KUALA TERENGGANU
OPSYEN: SEJARAH
TARIKH MULA BERKHIDMAT: 12 SEPTEMBER













TINTA PENULIS

Assalamualaikum..
Pelajar anak didik yang dirahmati Allah S.W.T

Tujuan blog ini dicipta untuk menarik minat pelajar dengan lebih mendalam dalam subjek sejarah.

Manfaatkan segala ilmu yang terdapat dalam blog ini dengan sebaiknya dalam mengapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Harapan cikgu agar dengan melayari blog ini, pelajar-pelajar di bumi Imtiaz Kuala Terengganu dapat menjadikan "history is fun"...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Mesej Di Sini