Memahat Sejarah Membina Tamadun


Saturday, March 10, 2012

NOTA SEJARAH

TINGKATAN 1( BAB 1-11)



TINGKATAN 2 (BAB 1-8)



TINGKATAN 3 (BAB 1-7)




CONTOH HASIL KAJIAN KERJA KURSUS SEJARAH 2012

Hasil kajian
    1. maklumat asas produk tempatan
i. nama produk
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah kerepek pisang. Pengusaha ini mengeluarkan pisang tanduk ,kapok , berangan , nipah, lang.
- masukkan gambar barangan yang telah dipacking
- contoh barang keluaran lain


ii. kategori
Produk tempatan yang dikaji ialah Makanan ringan iaitu kerepek pisang.

iii. nama pengusaha / syarikat / status hak milik
Produk kerepek pisang ini telah diusahakan oleh Encik A bin B. Beliau telah menubuhkan syarikat atau perusahaan ini mulai tahun 2000 sehingga sekarang. Encik A Bin B merupakan pemilik tunggal perusahaan kerepek pisang ini.
iv. Lokasi

Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 13 Jalan Selasih , Felcra Bukit Kepong Muar. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Muar . Lokasi tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di luar bandar.
- buat peta dari jalan utama menunju ke tempat kajian – ringkas sahaja/ jadikan lampiran. Letakkan petujuk sekali / nama jalan / kawasan sekeliling

    1. latar belakang
i. sejarah kewujudan
( bila produk ini dimulakan pengeluarannya. Siapa yang terlibat , berapa banyak pengeluaran , di mana ia dijalankan )
perusahaan kerepek pisang ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 1990. Ianya dilakukan oleh Encik A Bin B bersama isterinya iaitu Puan C Bt D. Kerepek yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung.
- kalau ada gambar lama – scan / print/ untuk tunjukkan perbezaan dahulu dan sekarang

ii. punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman
- bagaimana pengusaha memulakan perusahaannya / adakah dengan menggunkan duit bank/ pinjaman / pinjaman daripada saudara mara / ambil alih daripada orang lain atau warisan keluarga / meneruskan legasi
Contoh - Pada awal pengeluaran kerepek pisang , Encik A bin B menggunakan wang simpanannya di bank bagi memulakan perniagaan dan pengeluaran kerepek pisang.
Sekitar tahun 2008 beliau telah mendapatkan pinjaman daripada bank pertanian sebanyak RM 10000 untuk membeli mesin yang lebih baik dan dapur. Beliau juga menggunakan wang tersebut untuk membeli beberapa peralatan baru seperti xxxxxx.
Pihak Jabatan Pertanian juga ada memberikan bantuan daripada segi xxx.
Pihak Fama dan Mardi membantu beliau dengan cara XXXX.

iii. pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan
- phostostat lesen pengusaha- jadikan lampiran
- lihat tarikh mulakan perniagaan / lesen diperolehi
- nama dan alamat lokasi perushaan boleh ambil di sini.

iv. tujuan / kepentingan produk
- kenapa produk dijual
- kepentingan produk – memenuhi keperluan setempat/ tempatan / permintaan orang ramai / penuhi permintaan kedai runcit / untuk majlis perkahwinan

Panduan Penghargaan, Objektif ,Kaedah ,dan Rumusan Kajian Kerja Kursus Sejarah

Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu, Puan Mardziah binti Che Abdullah kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Sejarah saya iaitu ..............................................kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu ...............................................dan .................................kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ............................................ yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang telah diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu .............................dan ......................................yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.


Contoh Objektif Kajian :

Melalui kajian ini, saya dapat :
  1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.
  2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
  3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai produk tempatan yang terdapat di negara ini.
Contoh Kaedah Kajian :

1. Kaedah temu bual

Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual ................................dari ............................................untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.


2. Kaedah lawatan dan pemerhatian

Saya telah melawat .................................... untuk mengkaji bagaimana pengusaha tersebut memproses, dan memasarkan produk tempatan tersebut. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini.

3. Kaedah analisis dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen dari .................................. untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

4. Kaedah penyelidikan perpustakaan

Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ...............................untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

5. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produkyang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

6. Kaedah Audio visual

Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan .................................... Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.


Contoh Rumusan

Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang perusahaan menghasilkan produk tempatan yang terdapat di tempat saya khasnya dan di negara kita amnya. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara.

Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.
Akhir sekali, kemajuan ekonomi negara bergantung kepada rakyat yang produktif, kreatif dan berinovasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga produk tempatan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.

SOALAN KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

Tugasan Bagi Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Tugasan 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :

i. makanan

ii. pakaian

iii. kraf tangan

iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )


SOALAN 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat di negara kita?






Koleksi Soalan Peperiksaan PMR Sejarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Mesej Di Sini